NADI MAHIR Masak sesi 2 - v
23 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Masak sesi 2 – v. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan cara untuk mengambil gambar penyediaan produk. Selain itu, Guru MAHIR menerangkan cara untuk upload tugasan dalam MTS. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan mengenai resepi dan alatan yang diperlukan untuk kelas minggu depan iaitu Korean Garlic Cheese Bun.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran memasak peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: